5 Tips Cari Pembeli Surat Pajak Gadai Emas Untuk Dapat Keuntungan Maksima
Ramai rakyat Malaysia menggunakan pajak gadai emas sebagai solusi cepat untuk mendapatkan wang tunai.
Namun, apabila tiba masa untuk menebus emas, tidak semua mampu melakukannya.
Dalam situasi ini, ramai tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai satu pilihan yang lebih bijak iaitu dengan menjual surat pajak gadai emas
Melalui kaedah ini, anda masih boleh mendapatkan lebihan tunai tanpa perlu menebus emas tersebut.
Tetapi, untuk memastikan anda benar-benar mendapat keuntungan, pemilihan pembeli adalah sangat penting.
Jika salah memilih pembeli boleh menyebabkan:
- Harga rendah
- Lebihan kecil atau tiada langsung
- Kerugian tanpa sedar
Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 tips penting untuk cari pembeli surat pajak yang boleh memberikan harga terbaik dan servis yang telus.
1. Bandingkan Beberapa Pembeli Sebelum Buat Keputusan
Jangan terburu-buru untuk menjual kerana emas sangat bernilai. Kesilapan paling biasa adalah terus menerima tawaran pertama
Sedangkan setiap pembeli:
- Menggunakan harga emas berbeza
- Mempunyai margin keuntungan berbeza
Apa yang perlu anda lakukan:
- Dapatkan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 sebutharga/quotation.
- Bandingkan jumlah lebihan yang ditawarkan
- Semak harga emas semasa
Kenapa ini penting?
Perbezaan harga antara pembeli boleh mencecah antara RM100 ke RM1,000 atau lebih bergantung kepada harga belian, jenis ketulenan emas dan berat.
Jadi, jangan malas untuk bandingkan kerana ini langkah paling mudah untuk tambah keuntungan anda.
2. Pilih Pembeli Yang Telus & Profesional
Dalam urusan kewangan, kepercayaan adalah faktor utama.
Elakkan pembeli yang:
- Tidak jelaskan kiraan yang jelas
- Terus bagi harga tanpa penjelasan
- Mendesak untuk deal cepat
Ciri pembeli yang baik:
- Terangkan proses secara jelas – tebus, beli dan terima baki
- Tunjukkan harga emas semasa – harga belian yang pembeli tawarkan
- Jelaskan setiap komponen kiraan – jumlah hutang, caj upah/faedah dan baki yang akan diterima.
- Respons pantas dan profesional
Kenapa ini penting?
Pembeli yang telus akan lebih cenderung menawarkan harga yang adil. Pada masa sama dapat mengelakkan anda daripada ditipu secara halus
3. Cari Pembeli Yang Tawar Lebihan Tunai
Ramai masih beranggapan “Kalau tak tebus emas, memang rugi”. Sebenarnya tidak.
Konsep sebenar adalah jika nilai emas lebih tinggi daripada jumlah pinjaman dan upah simpan/interest, jadi anda mempunyai lebihan.
Contoh:
- Nilai belian emas ditawarkan: RM5,000
- Pinjaman + caj oleh kedai pajak: RM4,200
Jadi lebihan sebenar anda terima adalah RM800
Pembeli yang baik akan berkongsi lebihan ini dengan anda. Inilah kunci untuk mendapatkan keuntungan maksimum.
Tahukah anda, kenapa ada upah simpan dalam Ar Rahnu?
Ia sebenarnya caj untuk pastikan emas anda disimpan dengan selamat, siap dengan perlindungan Takaful.
Berbeza dengan faedah bank, upah simpan dikira berdasarkan nilai emas (Nilai Marhun) anda, bukan berdasarkan berapa banyak pinjaman yang anda buat. Sumber: Ar Rahnu Cahaya
4. Fahami Cara Pengiraan (Elak Kena “Potong Senyap”)
Salah satu kesilapan besar ialah tidak memahami cara kiraan
Formula asas:
Nilai emas – (Pinjaman + Upah Simpan/Faedah) = Lebihan
Risiko jika tidak faham:
Sesetengah pembeli mungkin:
- Menggunakan harga emas rendah
- Menambah caj tersembunyi
- Memberi harga lump sum tanpa penjelasan
Apa yang perlu anda buat:
Minta pembeli jelaskan:
- Harga emas per gram
- Berat emas
- Jumlah pinjaman
- Caj terkini
- Lebihan sebenar
Jika mereka tidak telus, itu tanda untuk berhati-hati.
Baca lagi: Jual Surat Pajak Gadai: Berapa Harga Sebenar Anda Akan Terima?
5. Pilih Pembeli Yang Cepat & Mudah
Dalam situasi pajak gadai masa sangat kritikal. Jika anda lambat bertindak:
- Caj akan terus meningkat
- Tempoh pajakan semakin pendek
- Risiko lelong semakin tinggi
Pilih pembeli yang:
- Boleh buat kiraan cepat
- Boleh selesaikan deal dalam hari yang sama
- Proses mudah tanpa banyak syarat
Reality penting:
Kadang-kadang, pembeli tawarkan harga belian sedikit rendah, tapi boleh selesai cepat.
Kadang-kadang, pembeli tawarkan harga belian tinggi, tapi lambat dan kena tunggu beberapa hari.
Semuanya bergantung kepada keperluan anda ketika itu.

Kesimpulan
Menjual surat pajak adalah satu cara bijak untuk elak emas dilelong, dapat lebihan tunai dan dapat kurangkan kerugian.
“Jangan pilih harga paling tinggi sahaja tetapi pilih pembeli surat pajak yang paling jelas, paling telus dan paling cepat”
Anda tak ada modal nak tebus emas. Nak tahu berapa boleh dapat?
👉 Jom kami bantu. Klik di sini untuk WhatsApp kami sekarang!


