Jual Surat Pajak Gadai: Berapa Harga Sebenar Anda Akan Terima?

Share now:

Ramai pemilik emas di Malaysia menggunakan pajak gadai sebagai cara mendapatkan tunai segera. Namun apabila tiba masa untuk menebus, tidak semua mampu menyediakan wang yang diperlukan.

Dalam situasi ini, ramai mula mencari altenatif yang lebih menguntungkan:

👉 Berapa saya boleh dapat jika jual surat pajak?
👉 Bagaimana cara kira harga surat pajak?
👉 Adakah saya akan rugi jika jual?

Artikel ini akan membantu anda memahami dengan jelas cara kira harga surat pajak gadai dan berapa sebenarnya jumlah tunai yang anda boleh terima.

cara jual surat pajak gadai

Apa Maksud Jual Surat Pajak Gadai?

Sebelum kita kira harga, penting untuk faham konsep ini.

Jual surat pajak bukan sekadar jual tiket pajak. Ia ada proses tebus dan beli emas daripada anda (pemilik).

Proses sebenar adalah:

  1. Pembeli bantu tebus emas
  2. Emas dikeluarkan dari pajak gadai
  3. Anda menjual emas tersebut kepada pembeli
  4. Anda menerima lebihan tunai

Jadi, yang berlaku sebenarnya ialah anda jual emas selepas ditebus

Faktor Yang Menentukan Harga Surat Pajak

Untuk kira harga surat pajak, terdapat beberapa faktor utama.

1️⃣ Berat emas (gram)

Semakin berat emas, semakin tinggi nilainya.

Contoh:

  • 5g
  • 10g
  • 20g

Berat adalah faktor paling penting.

2️⃣ Ketulenan emas

Biasanya emas pajak terdiri daripada:

  • 999 (24K) bermaksud 99.9% adalah emas. Biasanya terdapat dalam bentuk jongkong (gold bar) atau dinar
  • 916 (22K) bermaksud 99.9% adalah emas dan selebihnya adalah campuran logam lain seperti tembaga. Biasanya jenis barang kemas wanita seperti rantai, gelang dan cincin.
  • 750 (18K) bermaksud 75% adalah emas. Biasanya digunakan untuk cincin permata, cincin berlian atau jam tangan mewah (seperti Rolex) kerana struktur logamnya yang kuat untuk memegang batu permata agar tidak mudah tercabut.

Huruf ‘K’ dalam dunia emas merujuk kepada perkataan Karat (atau Carat). Ia adalah unit standard antarabangsa yang digunakan untuk mengukur tahap ketulenan (purity) emas fizikal.

Secara amnya, anda boleh menganggap sistem Karat ini seperti percentage atau nisbah ketulenan bahan. Skala penuh untuk emas tulen adalah 24 Bahagian (24K).

Semakin tinggi ketulenan, semakin tinggi harga per gram.

Artikel menarik lain: Tak Mampu Tebus Emas Selepas Dipajak? Ini 3 Pilihan Terbaik Anda Boleh Buat

3️⃣ Harga emas semasa

Harga emas berubah setiap hari.

Contoh:

RM600/g hari ini
RM580/g esok

Ini akan memberi kesan kepada kiraan harga surat pajak.

4️⃣ Jumlah tebus (hutang + upah simpan)

Ini adalah jumlah yang perlu dibayar untuk menebus emas.

Contoh: RM3,500

Ini akan ditolak daripada nilai emas.

5️⃣ Margin pembeli

Pembeli akan mengambil margin sebagai keuntungan.

Biasanya sekitar: RM20 – RM40 per gram

Ini juga akan mempengaruhi jumlah akhir yang anda terima.

Cara Kira Harga Surat Pajak (Step-by-Step)

Sekarang kita masuk ke bahagian paling penting iaitu cara kira harga surat pajak

Step 1: Kira nilai emas semasa

Formula: Berat emas × harga per gram

Contoh: 10g × RM600 = RM6,000

Step 2: Tolak jumlah tebus

Contoh:

Nilai emas: RM6,000
Jumlah tebus: RM3,500

RM6,000 – RM3,500 = RM2,500

Ini dipanggil: baki nilai emas

Step 3: Tolak margin pembeli

Contoh margin: RM500

Maka jumlah yang anda akan terima adalah RM2,500 – RM500 = RM2,000

Ringkasan Formula

Formula mudah kira harga surat pajak:

Nilai emas – jumlah tebus – margin = tunai anda

Kenapa Harga Yang Anda Terima Berbeza?

Ramai pelanggan tertanya:

👉 kenapa tak dapat penuh baki nilai?

Ini kerana:

  • pembeli ambil risiko harga turun
  • ada kos operasi
  • margin diperlukan untuk keuntungan

Namun, walaupun ada potongan, ia masih lebih baik daripada kehilangan emas sepenuhnya

Jual Surat Pajak vs Lelong

Mari bandingkan.

Jual Surat Pajak

✔ dapat tunai segera
✔ boleh negotiate harga
✔ proses cepat
✔ lebih terkawal

Lelong Pajak

❌ harga tidak pasti
❌ mungkin lebih rendah
❌ tiada kawalan
❌ risiko tiada lebihan

Dalam kebanyakan kes jual surat pajak lebih menguntungkan daripada lelong

Artikel lain: Cara Jual Surat Pajak Emas di Malaysia

Kesilapan Biasa Semasa Kira Harga Surat Pajak

❌ Tidak semak harga emas semasa

Harga emas berubah setiap hari. Jika tidak semak anda mungkin rugi ratusan ringgit

❌ Terima offer pertama tanpa banding

Setiap pembeli mempunyai margin berbeza. Banding 2–3 offer jika boleh.

❌ Tidak faham kiraan

Ramai hanya nampak angka akhir tanpa faham formula.

Pastikan anda tahu: nilai emas – tebus – margin

Tips Dapat Harga Lebih Tinggi

✔ pilih pembeli yang telus
✔ minta kiraan jelas
✔ deal cepat (elak harga turun)
✔ pilih kawasan dekat (kurang kos pembeli)

Bila Masa Terbaik Jual Surat Pajak?

Waktu terbaik ialah: sebelum tempoh pajak tamat

Jika tunggu terlalu lama:

  • risiko lelong meningkat
  • tekanan masa
  • kurang pilihan

Bagaimana GoldPro Membantu Anda

Jika anda tidak pasti cara kira harga surat pajak, GoldPro boleh bantu:

✔ semak nilai emas
✔ bantu kira harga surat pajak
✔ bantu tebus emas
✔ bantu anda dapat lebihan tunai

Kesimpulan

Jika anda ingin jual surat pajak gadai, perkara paling penting ialah faham cara kira harga surat pajak

Dengan formula yang betul, anda boleh:

✔ tahu nilai sebenar emas
✔ elak ditipu
✔ dapat lebihan tunai yang adil

Share now:

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *